Adu melalui sms untuk tindakan pantas

Panduan Pengadu

Anda bebas mengarang sms aduan anda asalkan ia dimulakan dengan katakunci organisasi dan sub-katakunci 'adu'. Untuk Majlis Bandaraya Ipoh, katakunci organisasi ialah mbi.

Contoh: mbi adu tiang lampu tumbang dekat stesyen keretapi cemor.

Sila guna perkataan yang jelas dan nyatakan tempat yang berkaitan dengan aduan anda.

Hantarkan sms aduan anda ke 36828. Setiap sms yang anda hantar akan dicaj bergantung kepada operator dimana selalunya RM0.15. Dan setiap balasan yang anda terima akan dikenakan caj sebanyak RM0.30*.

Cara AduFly

AduFly adalah sistem lengkap aduan melalui sms. Setiap aduan yang diterima melalui sms akan didaftarkan dan dialirkan secara automatik kepada petugas yang dikhaskan. Petugas boleh mendapatkan maklumat lanjut dari pengadu juga melalui sms. Setelah aduan ditangani kesimpulannya akan dimaklumkan terus kepada pengadu juga melalui sms.

Pengurusan aduan menjadi mudah dengan AduFly. Organisasi yang berdepan dengan orang ramai akan mendapat manfaat dengan AduFly. Aduan dapat ditangani dengan segera. Pengadu akan merasai diri mereka dihargai. Perkhidmatan akan sentiasa dapat ditingkatkan.

Syndicate content